Monday, 31 March 2014

My first roadtrip to Krabi, Thailand


Assalamulaikum.
Okay, seperti yang dijanjikan. My trip to Krabi, Thailand. fuyooh. Actually, aku excited sangat sebab aku suka pantai lagi lah snorkeling. And ditambah dengan kitaorang konvoi pergi Krabi naik kereta. Almost 4 families join konvoi ni ; my family, my uncle's, and my uncle's friends.

1st Day
Okay, kami gerak dalam pukul 10 pagi disebabkan abang aku dari Kluang, Johor. And pakcik aku dengan kawan dia dari Tangkak, Johor. So, my family kena tunggu dekat R&R, bagi diaorang rehat sekejap and baru gerak.

Perjalan kami ke sana amatlah jauhkan dan memenatkan ( even aku cuma perlu tidur, makan, minum, pergi tandas & solat ). Sesampai ke kami kat sempadan, hari dah mula petang. Dan ramai sangat orang kat sempadan dan sesak. Biasa lah tu. Untuk roadtrip ni, kitaorang kena berhati hati especially untuk yang baru nak menjinak jinak dalam aktiviti (?) ni. For me, kitaorang mudah sikit sebab my uncle dah banyak kali pergi ; dengan motor berkuasa tinggi milik beliau.

So, disebabkan dah malam, kami decide untuk tidur 1 malam kat Hatyai. And kereta yang abang aku pulak tersesat sebab jalan kat Hatyai amatlah sesat dan banyak motor. Nasib baik ada GPS tapi kena bayar lebih lah sebab kitaorang tak sempat nak beli sim kad Thailand.


((Morning view from my room ; Hatyai ))

2nd Day 
Esoknya, kami mula gerak ke Krabi. Satu lagi perjalanan yang amat panjang. Okay, sampai je kat Krabi, aku dah nampak pantai Ao Nang yang luas dengan banyak mat dan minah saleh yang sedang berbaring kat tepi pantai. Seksi kau. Tambahan pulak berhadapan dengan pantai tu berlambak kedai dan hotel. So mudah lah kalau korang nak pergi snorkeling or buat aktiviti air yang lain. So, kalau nak buat aktiviti air tapi tak tahu, korang boleh survey kat sekitar Ao Nang, tapi kena pandai cari sebab mungkin harga berlainan.



Bila sampai je kat hotel, terus check in lepastu keluar balik. First mission ; cari tomyam halal. Of course lah kalau pergi Thailnd kena makan tomyam. Kalau tak, lebih baik tk payah pergi. Pasal harga tak payah cakap lah ; murah. Pasal halal ke tak ? Senang ke tak ? Cari je penjual yang pakai tudung, aku menjamin kehalal-an makanan itu. And senang je sebab kebanyakan penduduk tetap kat sini ramai yang beragama islam. So, malam tu, kami pergi pasar malam Krabi version punya. Lebih kurang macam Malaysia lah. Banyak makanan yang interesting dan sedap. Pastikan halal. And tengah malam, kami window shopping kat Ao Nang beach. Banyak kedai tapi harga agak mahal sedikit berbanding tempat lain. 


(( Pasar malam Krabi version. ))

3rd Day
Masa untuk snorkeling. Kami akan menaiki bot. hahaha. Pusing pusing sekitar laut. lol. Orang tempatan tu akan bawak kita mengeliling banyak pulau ; Chicken Island, Tup Island, Phi Phi Island dll. Banyak lah. Sampai hitam kau. Tambahan, kitaorang ni ambil pakej so makanan, google, minuman, buah-buhan disediakan. So, tinggal sedia badan untuk terjun mandi je. 1 hari kami akan stay kat laut. Sunburn tu hal kecik lah. hehe. Air laut kat sana memang cantik (tiptop). Warna hijau gitu ~~

Tip ; Jangan bawa barang banyak sangat. Kalau boleh free hand je sebab kita akan mandi je sepanjang masa. Kalau nak, bawa yang kalis air lah.
                                         
                                                      
                                                   (( Phi Phi  Island ))
                                                                        
   (( Tup Island , Chicken Island ))
      
                  ((Dari Tup Island, kita boleh seberang laut menuju ke Chicken Island bila air surut. ))

4th Day
Okay, last day kami kat Krabi, Thailand so kami ronda and beli souvenir. Kalau nak beli ni, kena beli kat night market kat bandar Krabi lah. Betul betul kat Krabi, kat situ murah and banyak pilihan. Lagipun, ada penjual tu reti cakap bahasa Melayu so senang lah. Habis beli barang, kami bergerak ke sempadan balik. And kami berpisah kat sempadan sebab my uncle dengan 2 kawan dia nak sambung holiday kat Langkawi. Plus kami satu family nak menuju ke Penang. 


So, tamat my roadtrip. bye















Monday, 3 March 2014

The Next Steps in Jakarta, Indonesia


Assalamualaikum. 
Okay seperti yang aku janjikan, aku akan ceritakan pengalaman aku di Jakarta pulak. Perjalanan aku start dari Bandung, so perjalanan ni amik masa dalam 2 jam. 


Sampai je kat Jakarta, aku dah rasa lega. but why ? Sebab aku dah nampak bangunan tinggi tinggi gitu. Tak lah rasa macam duduk dalam gua je. First placa yang tour guide bawak kitaorang ialah Monas (( Monumen Nasional )). Kitaorang tak lah pergi dekat sangat, sebab monumen ni tinggi, o kita boleh nampak dari jauh.


 

(( Permandangan kat sekitar Monas, Jakarta ))

Sekitar Monas tu besar sangat, boleh makan and shopping sikit. Tapi harga dia agak mahal lah dari tempat lain. Lepas tu, kami di bawa melawat sekitar Jakarta. Pada masa tu, Jakarta tak lah sesak sangat macam mana kita nampak kat TV.  Macam jalan kat KL bila hari raya gitu ~~ and more thing, tempat penginapan kami di Jakarta ialah di,


 (( Triniti Hotel ))

The next day, kami ber- shopping di sekitar Jakarta ; Mangga Dua Square. Kat sini, my family shopping habis tapi tak boleh kalah kat Pasar Baru. Soal harga, agak lain sikit lah. Tak banyak. Soal makanan di Jakarta, boleh tahan. And lagipun kitaorang tak banyak makan kat luar, lebih banyak makan kat hotel je.

If datang Jakarta, tempat wajib pergi ialah Tanah Abang. Of course lah tempat shopping. Disarankan pergi Tanah Abang masa pagi untuk elak kesesakkan. And beware lah bila pergi tempat yang banyak orang, takut penyeluk saku. 


(( Salah satu restoran di Jakarta ))

Okay, sampai kat sini je my holiday di Jakarta, Bandung ; Indonesia. Nice place untuk shopping and nak tahu lebih mendalam mengenai negara orang. 

next post ; Krabi, Thailand 

bye ~