Tuesday, 9 July 2013

Hello July



Assalamualaikum. 


Akhirnya siap juga repair blog ni setelah berapa bulan tertangguh . Well memang wajib lah benda ni tertangguh setelah sekian lama . Asyik fokus kat benda lain yang lebih penting (mungkin lah) . Of course lah kena buat gitu , kalau tak kena lah pancung dengan mak aku .


Okay, bulan yang aku nanti sejak awal tahun telah tiba . Sebab . . . . . birthday aku ! Tbh, tahun ni tak best skit lah . Yelah umur pun dah tambah 1 , macam tak sedar aku dah 17 . What the tua gila . Tapi aku bersyukur sebab aku still hidup dan aku harap aku dapat jalankan ibadah puasa .


Tapi yang buat aku rasa lebih insaf ialah bila dapat message dari mak aku . Agak panjang juga lah message dia . Dia ada tulis supaya aku jadi hamba yang taat dari dulu . Ayat tu buatkan aku terkedu sekejap and buatkan aku teringat kat SPM yang aku nak ambik akhir tahun ni . Aku ada fikir juga - 


 "Bila aku belajar ?"

 "Bila aku nak jumpa cikgu ?"

 "Bila aku tanya kawan aku ?" bila bila ? 


Persoalan semua tu buatkan aku tersedar yang aku still dalam dunia aku lagi . And sekarang aku dah buka langkah aku untuk buat persediaan . Bila kenang balik , aku bersyukur gila sebab dapat nur nak bukakan hati aku ni . Alhamdulillah ~~


Okay lah sampai sini dulu . Sebelum tu , aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia . Semoga anda dapat menunaikan ibadah ini dengan aman dan tenang .

Bye.