Friday, 28 February 2014

Great Steps in Bandung, Indonesia





Assalamualaikum ;

Hari ini aku nak update pasal holiday aku kat Bandung, Indonesia. Actually, aku dah lama pergi. Around tahun 2012 and sekarang dah 2014 --' sorry guys. 

Okay. My family dgn family kawan my mom (( satu office )) decide nak melancong kat Indonesia ; Jakarta and Bandung. Ni first time aku naik flight so amat berdebar. Choii --' So, kitaorang naik Garuda Indonesia kat KLIA of course. Flight dari KLIA ke Sokarno-Hatta Airport ambik masa dalam 1 jam lebih.


  

Left ; Garuda Indonesia
Right ;My lil sister at Sokarno-Hatta Airport. Akhirnya !
p/s : my lil sister pakai beg macam 'ibu mengandung' tu sebab takut pencopet aka penyeluk saku.


Dah je sampai kat Sokarno-Hatta Airport, kitaorang terus je naik bas yang menuju ke Bandung. Perjalanan yang bosan tu ambil masa 2 jam. Sejujurnya lah bagi aku, perjalanan tu amatlah memenatkan dan membosankan sebab tak banyak permandangan yang best selain dari permandangan kampung-kampung. Tapi my dad amatlah suka sebab dapat balik ke tempat dia belajar dulu-dulu. 



(( Permandangan dalam masjid di R&R di Indonesia ))

Setelah 2 jam dalam bas dan 1 jam lebih dalam flight, akhirnya sampai juga kitaorang kat Guntur Hotel, Bandung. Disebabkan kepenatan, malam itu kami hanya dinner kat sekitar hotel. Tapi, aspek kebersihan kita kena jagalah. Kat Indonesia banyak sangat gerai tepi jalan and beware sebab kadang kadang makanan yang diaorang jual tak halal. So, peka lah. Jangan silap langkah. Esoknya, kami spend masa kitaorang kat Bandung dengan shopping. Ni baru best. And good news, hotel kitaorang dekat sangat dengan Pasar Baru dan Kartika Sari (( Kedai kek yang popular )). So, kitaorang boleh jalan kaki je. hehehehe

 

 Right ; My dad kat jambatan ke arah Pasar Baru. Kat situ kita boleh nampak Kartika Sari kat belah kiri 

Left ; My parents kat kedai telekung kat Pasar Baru. Borong ! 

Okay sekarang nak cerita pasal makanan kat Bandung, Indonesia. So, kebanyakan makanan kat Indonesia ni ada sup. Tak kira lah berapa banyak kedai makan aku pergi, semua ada sup. Nasi padang pun. Nasi padang kan banyak choices. Tak terkira banyaknya and airnya ialah teh panas tanpa gula. Ohmai. Kita memang boleh order air lain dengan caj lain lah. Jauh sungguh larinya dari taste aku --' Anak jati Malaysia katanya.


(( Ni salah satu restoran yang kitaorang pergi. Nampak tak mangkuk sup yang besar tu. Bukti tu !))

Masa shopping kami tak berhenti kat situ je, satu malam tu kami spend masa kat tempat shopping kat Jalan Riau. Tempat tu memang besar and banyak tempat shopping. Salah satunya ialah ,


(( Heritage ))

Kat situ memang best and besar. Harga dia tak lah murah sangat, sama macam kat Malaysia. Tapi ada brand lah. Kalau tak Malaysia, Heitage ni macam Pavi or Aeon lah. Lebih kurang macam tu. Kat sekitar tu, ada macam gudang kulit. Diaorang jual ; beg, jaket, tali pinggang dll. So, boleh rambang mata bila tengok beg kulit kat Bandung.

 Next destination ; Tangkuban Perahu. Kitaorang naik bas, tapi bas tak boleh naik sampai atas so diaorang parking kat satu tempat and kita akan naik van sampai puncak Tangkuban Perahu. Cuaca kat puncak sana lagi sejuk dari kat bawah and lebih berangin. Ada anak kawan my mom ni pakai topi, sampai ke kat puncak. Kena terbangkan angin sampai masuk kat kawah gunung. Sia sia --'


(( Tangkuban Perahu )) 


Kat sekitar Tangkuban Perahu amat sesak dengan pelancong, penjual, kedai dll. So, kita as pelancong kena berhati hati lah kat sini. Kalau boleh beg sandang tu pakai macam 'ibu mengandung'. Lagi bagus dan selamat dari penyeluk saku. Lagi pun cuaca kat puncak ni berangin dan sejuk, kita kena pakai lah jaket sebelum kesejukkan ye. Lepas tu, kitaorang pergi shopping kat beberapa tempat tapi tak ingat nama pulak -.-. Malam terakhir tu, kami pergi Kartika Sari and lepak-ing kat hotel.



 Left , Center ; Waktu malam di Guntur Hotel 

Okay. Sampai di sini sahaja. Saya akan update my great steps kat Jakarta, Indonesia pulak. Ohaiyo ~