Tuesday 17 September 2013

Kawan.


Assalamualaikum.


Hari ini, tanggal 18/09/2013. Aku rasa hari paling gila. Frust aku dibuatnya. Hari ni juga aku rasa macam nak maki orang je kerjanya. Ni semua sebab mamat kat kelas aku lah. Diaorang dah lah ejek aku dengan panggilan yang agak mengaibkan orang walaupun benda tu tak wujud. Memang sakai. Umur dah 17 tahun tapi perangai still kanak-kanak lagi.


Ok. Ceritanya mula masa aku Form 1 and masa tu aku baru je dilantik jadi pengawas sekolah. Biasa lah newbie, semangat tak ingat dunia. Semua orang aku marah macam tu je. Once day, aku marah budak kelas aku sebab diaorang bising, tapi ada dua mamat ni iaitu A and Az tak puas hati so diaorang nak balas dendam dengan ejek aku : Sopak. Idk why. Alasan diaorang, sebab aku garang macam ada cikgu sekolah aku yang ada penyakit kulit.


Aku ingat benda tu dah tamat 2 tahun lepas sebab A and Az dah pindah sekolah. Tapi tak, dia pergi heboh kat kawan baik dia, S. So, sekarang S tu gatal nak panggil aku dengan ayat "sopak" tu. And semua budak lelaki ikut. Memang lah aku naik angin sepanjang masa bila jumpa diaorang. And more thing, bila diaorang nak minta tolong, pandai gila cari aku. What the.


Sekarang ni, diaorang libatkan adik aku sebab adik aku si F ni jeling diaorang and tulis something kat twitter. Ikr memang lah adik aku agak mengeruhkan lagi tapi siapa yang tak marah kalau family member dia kena bahan macam tu. So, sekarang my sis kena gelar Sopak Jr. Lagi lah aku nak berangin je. Tapi, aku kena diamkan diri je. Dah 5 tahun aku sabar, dia ingat aku ni robot ke ? Boleh sabar sampai bila-bila. Gila kan ?



Sekarang aku banyak diamkan diri je daripada bercakap. Kalau aku diam pun, diaorang mesti cari masalah nak kacau aku. Entah lah tak tahu nak buat apa. Dulu aku pernah terfikir nak pindah sekolah. Tapi aku pendam je. And pernah aku terfikir sampai nak bunuh diri sebab tak tahan. Yelah siapa nak tahan kena gelar macam tu. Orang lain boleh ingat kita ada penyakit kulit tu. In fact tak ada pun. 



Aku bersabar sehingga saat ni pun sebab mak aku. Yelah, kalau aku mengadu lagi, nanti dia nak datang sekolah pulak. Lagi lah problem. Makin gian lah diaorang ejek aku. Anak mak bagai nanti. Lagipun, kawan baik aku ni couple dengan S, so aku taknak lah kawan aku bergaduh dengan bf dia sebab aku or aku terpaksa putus kawan sebab S. Dilemma gila ni. Tak tahu nak buat apa. Sabar je lah.


bye.



Tuesday 9 July 2013

Hello July



Assalamualaikum. 


Akhirnya siap juga repair blog ni setelah berapa bulan tertangguh . Well memang wajib lah benda ni tertangguh setelah sekian lama . Asyik fokus kat benda lain yang lebih penting (mungkin lah) . Of course lah kena buat gitu , kalau tak kena lah pancung dengan mak aku .


Okay, bulan yang aku nanti sejak awal tahun telah tiba . Sebab . . . . . birthday aku ! Tbh, tahun ni tak best skit lah . Yelah umur pun dah tambah 1 , macam tak sedar aku dah 17 . What the tua gila . Tapi aku bersyukur sebab aku still hidup dan aku harap aku dapat jalankan ibadah puasa .


Tapi yang buat aku rasa lebih insaf ialah bila dapat message dari mak aku . Agak panjang juga lah message dia . Dia ada tulis supaya aku jadi hamba yang taat dari dulu . Ayat tu buatkan aku terkedu sekejap and buatkan aku teringat kat SPM yang aku nak ambik akhir tahun ni . Aku ada fikir juga - 


 "Bila aku belajar ?"

 "Bila aku nak jumpa cikgu ?"

 "Bila aku tanya kawan aku ?" bila bila ? 


Persoalan semua tu buatkan aku tersedar yang aku still dalam dunia aku lagi . And sekarang aku dah buka langkah aku untuk buat persediaan . Bila kenang balik , aku bersyukur gila sebab dapat nur nak bukakan hati aku ni . Alhamdulillah ~~


Okay lah sampai sini dulu . Sebelum tu , aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia . Semoga anda dapat menunaikan ibadah ini dengan aman dan tenang .

Bye.