Wednesday, 23 April 2014

mom


Ya Allah.
Kau tabahkan lah hati insan yang bernama ibu Ya Allah. Kau kuatkan lah hatinya untuk meredah seluruh kesusahan dan ranjau di dunia yang sementara ini Ya Allah. Kuatkan lah iman dan taqwa nya Ya Allah. Lindungi lah dia Ya Allah dari sebarang kemungkaran. Sebagai hamba-Mu Ya Allah kami tidak akan terlepas dari dugaan dan cabaran dari-Mu Ya Allah. Ampunkan lah dosa-dosa kami Ya Allah. Ampunkan dosa kedua ibu bapa kami, keluarga kami dan seluruh umat Islam Ya Allah. Aamin Aamin Ya Rabbal Al Aamin.

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas."(Az-Zumar:10)

Wednesday, 2 April 2014

random.

{ H ; one of my closest friend }

H ; Nana, kau tak berdendam ke dengan diaorang ?
Me ; Tak. Buat apa lah aku nak berdendam dengan diaorang. Tak ada faedah.
H ; Tapi, diaorang dah buat benda yang teruk kat kau. Bukan sikit, walaupun tak ada kena mengena dengan kau pun.
Me ; Entah lah. Benci tu memang ada dulu. Tapi, kau dah lali. Diaorang buatkan aku rasa tak nak hidup weyh. Macam tu lah aku bila aku terpaksa hadap muka diaorang hari-hari.
H ; Aku tak tau lah apa salah silap kau. Sampai diaorang sanggup buat kau. Kalau nak ikutkan, dulu diaorang asyik minta tolong kau je. Apa-apa kau diaorang cari.
Me ; Dugaan Allah. Mungkin aku ada silap dan aku tak sedar. Manusia kan. Tak pernah nak bersyukur.
H ; Kau dah matang Nana. Kalau dulu, bila diaorang mula buka mulut je, kau dah menangis. Sampai duduk dalam bilik wudu' 1/2 jam.
Me ; Perempuan kan ada deria tambahan. Dia tahu bila orang cakap belakang pasal dia.
H ; Kau dah matang Nana.
Me ; : D


Me ; Ma, kenapa diaorang buat macam tu kakak ma ? Apa salah kakak ?
Mom ; Lelaki kakak. Ego mereka kan tinggi.  Mungkin kakak tak layan diaorang, so diaorang buat macam tu kat kakak nak ambil perhatian.
Me ; Tu benda bodoh ma. Tak kan lah.
Mom ; Kamu tengok abah kamu. Depan kamu semua dia lah ayah paling garang. Tapi bila kamu tidur, dia cakap kat ma yang dia bangga dengan kamu semua. Cuma kamu je harapan dia nanti.
Me ; Tapi ....
Mom ; Kita kena positif kakak. Biar diaorang buat macam tu kat kita. Kita sabar je. Nanti Allah tunjukkan hikmah dari semua ni. Cuba kakak tengok, haritu salah seorang nak buat kakak dulu, minta tolong kita kan ? Hah ?! Tu Allah dah tunjuk.
Me ; Entah lah ma. Kakak tak marah kalau diaorang melibatkan kakak je. Ni sampai nak libatkan adik beradik. Abah pun dia mention.
Mom ; Benda dah lepas kakak. Doakan yang terbaik je. Tu je lah.